| ResourcesArticles Collection |
|
| Hari Raya Haji |
Hari Raya Haji juga dikenali sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Aidil Adha.
Hari Raya Haji dirayakan oleh semua umat Islam pada 10 Zulhijah, iaitu bulan terakhir dalam kalendar Islam.
Pada tarikh tersebut juga menandakan berakhirnya hari untuk umat Islam mengunjungi Mekah bagi menjalani ibadah haji.
Apabila selesai menunaikan ibadah haji, mereka akan memperolehi gelaran Haji bagi lelaki dan Hajjah bagi perempuan.
Pada Hari Raya Haji juga, ibadah korban turut dilakukan sebagai memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan
anaknya Nabi Ismail. Aktiviti korban selalunya dijalankan selepas menunaikan sembahyang sunat Aidil Adha
dan kebiasaannya akan berlangsung di kawasan masjid.
Binatang sembelihan yang biasanya terdiri daripada lembu, kambing, kerbau dan juga unta akan disembelih,
sementara dagingnya selain dari digunakan akan turut disedekahkan kepada fakir miskin, sanak saudara, jiran
dan rakan-rakan. Ibadah korban bukanlah satu ibadah wajib bagi umat Islam tetapi harus bagi mereka yang berkemampuan.
Pada hari ini juga, sesudah selesai sembahyang sunat Aidil Adha dan menjalani ibadah korban, sudah menjadi
amalan umat Islam untuk mengunjungi sanak saudara dan juga sahabat bagi sama-sama berkongsi kegembiraan
menyambut perayaan ini.
|
By LibraryNet Content Writer - January 2005.- |
Back to the Articles List
|