| LibrariesSri AmanRules & Regulations |
|
|
|
|
|
Peraturan-peraturan Perpustakaan Awam, MDSA |
| |
| 1. Permohonan Menjadi Ahli |
| 1.1. Kelayakan |
| 1.1.1. |
Semua orang yang berumur 5 tahun ke atas yang menetap di Sri Aman layak memohon untuk menjadi Ahli Perpustakaan. |
| 1.1.2. |
Orang yang menetap secara sementara iaitu kurang dari enam bulan tidak diterima menjadi Ahli melainkan ada orang tempatan Daerah Sri Aman yang menjadi penjaminnya. |
|
| 1.2. Proses Permohonan |
| 1.2.1. |
Ahli baru boleh membuat pendaftarannya melalui www.librarynet.com.my |
| 1.2.2. |
Kad Keahlian boleh diperolehi secara terus setelah pendaftaran diselesaikan. |
|
| 2. Pinjaman Buku |
| 2.1. Kelayakan |
| 2.1.1. |
Hanya orang yang sudah mendaftar menjadi Ahli Perpustakaan dan Kad Keahlian masih sah sahaja yang layak untuk meminjam buku / bahan dari perpustakaan. |
| 2.1.2. |
Tidak dibenarkan meminjam buku / bahan menggunakan Kad Keahlian orang lain. |
| 2.1.3. |
Pemegang Kad Keahlian kanak-kanak (Ahli Kanak-kanak) hanya dibenarkan meminjam buku / bahan yang setaraf dengan kebolehan / peringkat umur mereka sahaja. |
|
| 2.2. Jumlah Pinjaman |
| 2.2.1. |
Satu naskhah buku sahaja boleh dipinjam menggunakan satu Kad Keahlian. |
|
| 2.3. Tempoh Pinjaman |
| 2.3.1. |
Peminjam buku / bahan boleh meminjam buku / bahan selama dua minggu sahaja. |
| 2.3.2. |
Kalau masih memerlukan buku berkenaan selepas tarikh akhir, bolehlah datang membawa buku berkenaan untuk memperbaharukan tarikh akhir pemulangannya. |
| 2.3.3. |
Pembaharuan pinjaman begini hanya dibenarkan sekali sahaja. |
|
| 3. Dikehendaki |
| 3.1. |
Ahli perpustakaan dikehendaki memberitahu pihak perpustakaan kalau berpindah alamat, tempat kerja, sekolah, tempat tinggal, Daerah atau Negeri dan kembalikan semua buku yang dipinjam. |
| 3.2. |
Peminjam mesti semak buku / bahan yang hendak dipinjam untuk menentukan sama ada terdapat kerosakan; koyak-koyak atau kotor.
Sebarang kerosakan yang terdapat, hendaklah dilaporkan kepada kakitangan yang bertugas di kaunter. Jika tidak, peminjam berkenaan akan bertanggungjawab untuk membayar sebarang kerosakan yang terdapat kemudian. |
|
| 4. Tidak dibernakan |
| 4.1. |
Keahlian untuk ahli perpustakaan tidak dibenarkan dipindahkuasakan. |
| 4.2. |
Tidak dibenar merokok, makan dan minum semasa berada dalam perpustakaan, terutamanya "Chewing Gum". |
| 4.3. |
Tidak dibenar membuat bising, tingkah laku yang kurang sopan, menganggu ketenteraman di dalam perpustakaan. |
| 4.4. |
Tidak dibenar membawa beg masuk ke dalam perpustakaan, walau bagaimanapun, beg duit (dompet) harus dibawa masuk bersama untuk mengelakkan kecurian. |
| 4.5. |
Tidak dibenarkan membawa fail-fail, buku-buku teks / bacaan sendiri, pen, marker, errorex, gunting mata pena / pisau pencukur.
Hanya kertas kajang (fullscap), pad nota dan pensel sahaja yang dibenarkan untuk kegunaan mencatat nota yang sedang diselidik melalui buku-buku rujukan di dalam perpustakaan. |
| 4.6. |
Tidak dibenarkan tidur, baring atau duduk di atas lantai semasa di dalam perpustakaan. |
| 4.7. |
Jangan merosakkan harta benda perpustakaan terutamanya buku-buku dengan mengoyak, mengunting atau menconteng muka surat buku-buku. |
|
| 5. Perhatian |
| 5.1. |
Perpustakaan Awam, MDSA disediakan sebagai tempat untuk membaca, merujuk dan meminjam buku, bukan tempat untuk berbual atau leapak. |
| 5.2. |
Yang bukan Ahli Perpustakaan ini juga dipersilakan untuk menikmati segala kemudahan yang ada disediakan, walau bagaimanapun, anda tidak dibenarkan meminjam buku / bahan perpustakaan. |
| 5.3. |
Perpustakaan Awam, MDSA dan Majlis Daerah Sri Aman tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan barang-barang atau wang dan sebarang kemalangan yang berlaku di dalam atau di kawasan luar perpustakaan ini. |
|
| |
| Peraturan-peraturan Perkhidmatan Internet di Perpustakaan Awam, MDSA |
| |
| 1. |
Waktu Perkhidmatan Internet adalah mengikut waktu dibuka Perpustakaan Awam, MDSA. |
| 2. |
Pengguna-pengguna dikehendaki berdaftar dengan kakitangan kaunter yang betugas dan membuat "Top-Up" ke atas akaun mereka sekurang-kurangnya RM10. Bayaran akan dikira dan ditolakkan dari jumlah "Top-Up" berkenaan secara terus berdasarkan masa. |
| 3. |
Tidak dibenar membaca maklumat-maklumat yang tidak berakhlak. |
| 4. |
Beban ke bawah hanya dihadkan setakat maklumat yang ingin dicetak. Disket tidak dibenarkan guna. |
| 5. |
Tempoh yang paling lama dalam talian ialah setengah jam bagi setiap pangguna; atau jikalau didapati permintaan kurang pada ketika itu, satu jam setiap pengguna akan dibenarkan. |
| 6. |
Perpustakaan berhak membuat pengubahsuian mengenai yang berkenaan. |
|
| |
| YURAN DAN BAYARAN |
| |
| YURAN KEAHLIAN |
| - Kanak-kanak = RM 2.00 (Untuk 1 kad keahlian) |
| - Remaja = RM 2.00/RM 4.00 (Untuk 1 atau 2 kad keahlian) |
| - Dewasa = RM 3.00/RM 6.00 (Untuk 1 atau 2 kad keahlian) |
| |
| INTERNET / PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN LAIN |
| - TOP-UP = RM 10.00 |
| - Internet = RM 2.00/Jam |
| - Bilik IT = RM 1.00/Jam |
| - Pencetakan = RM 0.30 per m/s (kertas A4) |
| - Fotostat = RM 0.10 per m/s (1 belah kertas A4) |
| - RM 0.15 per m/s (2 belah kertas A4) |
| |
|
[ TOP ] |