| LibrariesSibu Municipal Council Public LibraryRules & Regulations |
|
|
| |
| Permohonan Keahlian: |
| |
- Kelayakan keahlian adalah untuk penduduk bandar Sibu sahaja.
- Yuran pendaftaran ialah RM6.00.
- Yuran tahunan ialah RM3.00.
- Dokumen pengenalan diri (kad pengenalan/pasport/sijil kelahiran) hendaklah dikemukakan semasa pendaftaran.
|
| Kad Keahlian |
| |
- Tidak boleh dipindahmilik.
- Bayaran sebanyak RM5.00 akan dikenakan bagi setiap gantian kad hilang atau rosak.
- Kad keahlian mestilah sah semasa peminjaman.
- Kad hendaklah dikemukakan semasa peminjaman.
|
| Peminjaman Buku |
| |
- Ahli berdaftar sahaja dibenarkan meminjam buku.
- Seorang ahli hanya dibenarkan meminjam 3 (tiga) naskhah buku.
- Tempoh peminjaman adalah 14 hari.
- Denda sebanyak 10 sen sehari akan dikenakan terhadap setiap satu buku yang telah tamat tempoh pinjaman.
- Pembaca yang menghilangkan buku akan dikenakan bayaran ganti rugi bersamaan dengan harga buku tersebut atau menggantikan dengan buku yang sama.
- Peminjaman akan disekat sehingga semua denda dan bayaran berkenaan dijelaskan.
- Ahli-ahli adalah bertanggungjawab terhadap buku-buku yang dipinjam.
|
| Bahan-bahan Rujukan |
| |
- Buku-buku rujukan, majalah dan surat khabar adalah untuk bacaan dan rujukan di dalam perpustakaan sahaja.
|
| Perkhidmatan Internet |
| |
- RM2.00 untuk 1 (satu) jam.
- Mengikut giliran siapa yang dahulu, akan didahulukan.
- Memohon kebenaran daripada staf yang bertugas.
- Memuat turun adalah dilarang.
- Untuk cetakan:
a. Teks - 30 sen b. Gambar - 50 sen.
|
| Perkhidmatan Fotokopi |
| |
- 10 sen untuk cetakan bersaiz A4.
- Fotokopi hanya dibenarkan untuk sebahagian daripada keseluruhan isi buku sahaja.
- Membuat fotokopi buku yang asal adalah untuk kegunaan peribadi sahaja.
- Pembaca adalah bertanggungjawab terhadap fotokopi buku berkenaan.
|
| Am |
| |
| Demi menjaga ketenteraman, keselesaan dan suasana perpustakaan yang baik untuk semua pengguna perpustakaan, peraturan berikut hendaklah dipatuhi:- |
- Buku-buku perpustakaan hanya dibenarkan untuk dibawa keluar setelah diimbas oleh kakitangan di kaunter sirkulasi sahaja.
- Buku-buku hendaklah dikembalikan ke atas rak atau troli yang disediakan selepas digunakan.
- Pembaca hendaklah mengambil satu naskhah majalah atau surat khabar sahaja pada satu masa dan mengembalikannya ke atas rak selepas membaca.
- Pengunjung hendaklah menjaga kebersihan perpustakaan dan tingkahlaku yang baik semasa berada di dalam perpustakaan.
- Perkara berikut adalah dilarang:-
- Mengoyak, menggunting dan menconteng bahan-bahan bacaan perpustakaan.
- Membawa beg ke bahagian bacaan. Beg hendaklah ditinggalkan di kaunter penyimpanan beg.
- Membawa makanan dan minuman ke bahagian bacaan. Pengguna hanya dibenarkan menyimpan minuman di tempat yang disediakan sahaja.
- Menggunakan telefon bimbit di dalam perpustakaan. Telefon bimbit hendaklah dipadam/diubah ke mod senyap semasa berada di dalam perpustakaan.
- Merokok di dalam perpustakaan.
- Tidur di dalam perpustakaan.
- Mengalih kerusi dan meja dari tempat yang telah diletakkan oleh staf perpustakaan.
- Mengambil gambar/filem/video tanpa kebenaran.
- Membuat promosi produk/jualan atau survei atau memungut derma di dalam perpustakaan tanpa kebenaran.
|