LibrariesKota Sentosa Public LibraryRules & Regulations
 
 
Library Rules and Regulations

 

Perpustakaan adalah di bawah pengurusan dan kawalan Majlis Perbandaran Padawan.

Keahlian :-

  1. Borang Permohonan hendaklah diisi dengan jelas dan lengkap. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan kad pengenalan atau sijil kelahiran pemohon. Ahli perpustakaan juga hendaklah memaklumkan kepada pihak perpustakaan sekiranya ada pertukaran alamat atau nombor telefon.

  2. i.Keahlian Dewasa – Pemohon hendaklah berumur 21 tahun dan ke atas, bayaran pendaftaran adalah RM10.00 setahun.
    ii.Keahlian Remaja – Pemohon hendaklah berumur 20 tahun ke bawah dan bayaran pendaftaran adalah RM5.00 setahun.
    iii.Keahlian Kanak-kanak – Pemohon hendaklah berumur 12 tahun ke bawah dan bayaran pendaftaran adalah RM3.00 setahun.
  3. Bayaran untuk memperbaharui keahlian – DEWASA adalah RM7.00, REMAJA adalah RM4.00 dan KANAK-KANAK adalah RM2.00.
  4. Kad keahlian tidak boleh dipindah milik dan hanya ahli yang berdaftar sahaja yang dibenarkan untuk meminjam buku dan diberi keistimewaan penggunaan akses internet selama 1 (satu) jam dengan percuma.


Peminjaman buku :-
  1. Tempoh peminjaman buku adalah selama 2 minggu dan kebenaran yang diberi untuk peminjaman buku adalah 3 naskhah .
  2. Jika melanjutkan tempoh peminjaman, peminjam hendaklah membawa kembali buku ke perpustakaan untuk melanjutkan tarikh pemulangan.
  3. Peminjam adalah bertanggungjawab di atas keselamatan buku, jika berlaku kehilangan buku, pihak perpustakaan hendaklah dimaklumkan dan peminjam akan dikenakan denda dengan membayar harga asal buku yang hilang.
  4. Menggantikan buku yang hilang tidak akan diterima.
  5. Pengembalian wang denda tidak dibenarkan sekiranya buku yang hilang dijumpai semula.


Bahan Rujukan :-
  1. Tidak dibenarkan membawa keluar/meminjam buku rujukan, majalah, CD-ROMs, disket dan bahan audio.
  2. Tanpa kebenaran daripada pihak pengurusan perpustakaan, pengguna perpustakaan tidak dibenarkan untuk meminjam sebarang koleksi rujukan daripada perpustakaan.
  3. Sila simpan buku, bahan rujukan, suratkhabar, majalah dan sebagainya selepas digunakan di atas troli yang disediakan.
  4. Penggunaan telefon bimbit adalah dilarang sama sekali di dalam perpustakaan, sila setkan dalam mod getaran apabila berada di dalam perpustakaan.


Anda tidak dibenarkan :-
  1. Membuat bising serta menganggu ketenteraman pengguna perpustakaan yang lain;
  2. Makan (mengunyah gula-gula getah), minum, meludah, tidur atau merokok adalah dilarang di dalam bangunan perpustakaan;
  3. Baring dan bersandar dengan meletakkan kaki di atas meja atau kerusi atau di atas lantai;
  4. Meninggalkan atau membuang sampah seperti kertas dan sebagainya di merata-rata tempat, bakul sampah telahpun disediakan bagi tujuan tersebut;
  5. Membawa buku atau bahan rujukan dari perpustakaan luar adalah di larang kecuali mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan perpustakaan;
  6. Mengopek dan membuang label seperti label nombor pengkelasan, poket dan slip buku dikembalikan;
  7. Membawa dan menggunakan peralatan tajam seperti gunting, pisau, alat geometri dan sebagainya.


Pengguna perpustakaan hendaklah mendapat kebenaran pihak pengurusan perpustakaan untuk :-
  1. Mengambil gambar foto di dalam bangunan perpustakaan ;
  2. Membuat scanning terhadap koleksi perpustakaan


Pihak pengurusan perpustakaan dan Majlis Perbandaran Padawan tidak bertanggungjawab di atas kehilangan barangan berharga milik pengguna perpustakaan. Kanak-kanak di bawah umur terutamanya 7 tahun ke bawah hendaklah dikawal dan datang bersama ibubapa/penjaga masing-masing, sebarang kecederaan serta keselamatan mereka bukan di bawah tanggungjawab pihak kami.

Pihak Majlis boleh membuat penutupan perpustakaan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

[ TOP ]

 
Site Map | Privacy Policy | Terms & Conditions