LibrariesKota Sentosa Public LibraryLibrary Profile
 
 
Introduction to Kota Sentosa Public Library

 

 

Latar belakang penubuhan:

 

Perpustakaan Awam Kota Sentosa ditubuhkan dengan kos perbelanjaan RM2.8 juta dan merupakan projek pembangunan yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (RM8) dengan keluasan lantai 941 meter persegi. Perpustakaan ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Micheal Manyin ak Jawong, Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam pada 15 Mei, 2006. Bangunan baru ini dilengkapi penghawa dingin dan mempunyai suasana persekitaran yang selesa untuk pembelajaran dan riadah. Terletak di Pasar Kota Sentosa dan berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Untuk pergi ke Perpustakaan Awam Kota Sentosa anda boleh menggunakan jalan Pasar Kota Sentosa (papan tanda arah ada diletakkan di sepanjang jalan Pasar Batu Tujuh) atau menggunakan Jalan Lapangan Terbang Lama.

Bangunan perpustakaan ini mempunyai:
  • Perkhidmatan Kaunter Pinjaman (Pendaftaran dan membaharui keahlian dan pemulangan buku)
  • Ruang Bacaan Majalah dan Suratkhabar
  • Sudut Kanak-kanak (Bilik Aktiviti)
  • Pejabat Am
  • Bilik Lokar

 

VISI

 

Bercita-cita menjadi sebuah perpustakaan yang memberi perkhidmatan mesra pengguna dan penyediaan lebih banyak bahan ilmiah dalam mewujudkan masyarakat yang celik huruf dan maklumat.

 

 

MISI

 

Meningkatkan mutu kualiti perkhidmatan perpustakaan dengan menyediakan bahan-bahan perpustakaan yang tersusun, mudah kesan bahan maklumat atau buku yang terdapat di perpustakaan dan buku yang tersedia adalah memenuhi keperluan untuk semua peringkat pendidikan dan social penggunanya.

 

 

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
  1. Perkhidmatan Pinjaman buku
  2. Perkhidmatan Rujukan
  3. Perkhidmatan Multimedia
  4. Perkhidmatan Pencarian Buku Atas Talian -OnLine Public Access Catalog (OPAC)
  5. Perkhidmatan Fotostat
  6. Sudut Kanak-kanak (bilik aktiviti)
  7. Sudut Pameran Buku Baru Perpustakaan
  8. Kemudahan Majalah dan Suratkhabar Kebelakang
  9. Kemudahan penyimpanan bagasi

 

 

PERPUSTAKAAN LAIN DI BAWAH MAJLIS PERBANDARAN PADAWAN
  1. Perpustakaan Awam Kota Padawan
  2. Perpustakaan Desa Kpg Tiang Bukap
  3. Perpustakaan Desa Kpg Pelaman Dunuk
  4. Perpustakaan Desa Kpg Stabut
  5. Perpustakaan Desa Kpg Bumbuk
  6. Perpustakaan Desa Kpg Bengoh
  7. Perpustakaan Desa Kpg Paya Mebi
  8. Perpustakaan Desa Kpg Mambong
  9. Perpustakaan Desa Kpg Benuk
  10. Perpustakaan Desa Kpg Mundai
  11. Perpustakaan Desa Kpg Annah Rais
  12. Perpustakaan Desa Kpg Assum
  13. Perpustakaan Desa Kpg Simpok
  14. Perpustakaan Desa Kpg Matang Batu 10
  15. Perpustakaan Desa Kpg Kolong II
  16. Perpustakaan Desa Kpg Telaga Air
  17. Perpustakaan Desa Pekan Tapah
  18. Perpustakaan Desa Pekan Siburan
  19. Perpustakaan Desa Pekan Beratok
  20. Perpustakaan Desa RPR Batu Kawa
  21. Perpustakaan Desa Kpg Karu
  22. Perpustakaan Desa Kpg Paroh/Sejijak
  23. Perpustakaan Desa Kpg Segedup
  24. Perpustakaan Desa Kpg Semadang
  25. Perpustakaan Desa Kpg Semaba
  26. Perpustakaan Desa Kpg Skuduk
  27. Perpustakaan Desa Kpg Bawang
  28. Perpustakaan Desa Kpg Giam Lama
  29. Perpustakaan Desa Kpg Abang
  30. Perpustakaan Desa Stapok
  31. Perpustakaan Desa Pekan Batu Kawa

 

 

[ TOP ]

 
Site Map | Privacy Policy | Terms & Conditions