1.0 PENDAFTARAN KEAHLIAN
a. Pendaftaran boleh dibuat secara online
b. Keahlian terbahagi kepada tiga kategori
1.1 Dewasa (18 tahun ke atas)
a. Bayaran RM6.00
b. Perlu pengesahan pemohon di borang profil ahli
1.2 Remaja (13 tahun hingga 17 tahun)
a. Bayaran RM6.00
b. Perlu pengesahan oleh penjaga/penjamin di borang profil ahli
1.3 Kanak-kanak (1 tahun hingga 12 tahun)
a. Bayaran RM6.00
b. Perlu pengesahan oleh penjaga/penjamin di borang profil ahli
c. Gambar hendaklah ditukar (apabila berumur 12 tahun)
1.4 Pengesahan dengan menunjukkan kad pengenalan/sijil kelahiran atau pasport semasa membuat kad keahlian.
1.5 Kad keahlian pengguna cuma sah untuk tempoh satu(1) tahun dari tarikh pendaftaran. Untuk memperbaharui kad keahlian, bayaran RM5.00 akan dikenakan untuk satu (1) tahun berikutnya.
1.6 Kad keahlian TIDAK boleh dipindahmilik kepada orang lain.
1.7 Sekiranya pengguna ingin berhenti menjadi ahli perpustakaan, kad keahlian hendaklah dikembalikan berserta dengan buku yang telah dipinjamkan serta bertanggungjawab menyelesaikan segala hutang/denda sekiranya ada.
1.8 Sila maklumkan kepada Kaunter Sirkulasi jika terdapat perubahan alamat dan nombor telefon.
2.0 SYARAT DAN PINJAMAN BUKU
2.1 Setiap pengguna cuma diberikan sekeping kad keahlian sahaja yang membolehkan mereka meminjam tiga (3) naskhah buku dalam masa empat belas (14) hari.
2.2 Peminjam adalah dipertanggungjawabkan ke atas buku yang dipinjam. Oleh itu, sila semak buku sebelum peminjaman dilakukan.
2.3 Buku-buku yang telah dipinjamkan boleh dipulangkan sama ada datang sendiri ke Kaunter Sirkulasi ataupun melalui Peti Pemulangan Buku (Return Bin) yang telah disediakan di Perpustakaan Bandaraya.
2.4 TEMPOH PEMULANGAN BUKU
2.4.1 Tarikh pemulangan buku boleh diperbaharui melalui datang sendiri/telefon/e-mail ataupun faks dengan syarat buku tersebut belum tamat tempoh peminjaman. Pembaharuan tarikh baru tersebut boleh dilakukan dua (2) kali.
2.4.2 Sekiranya ingin melanjutkan tempoh peminjaman selepas diperbaharui tempoh pemulangan, ia adalah tertakluk kepada tempahan oleh pengguna lain.
2.5 Buku yang telah tamat tempoh pemulangan tidak dibenarkan untuk memperbaharui tarikh pemulangan sehinggalah urusan pembayaran denda dijelaskan.
3.0 DENDA
3.1 Buku yang lewat dihantar akan dikenakan denda sebanyak 10 sen sehari selepas tamat tempoh untuk sebuah buku.
3.2 Buku yang rosak, hilang, diconteng, dikoyak ataupun hilang muka surat akan dikenakan denda seperti berikut:-
(Harga buku) + 50% dari harga buku = Jumlah yang harus dibayar)
Sekiranya pengguna menemui semula buku yang telah dilaporkan hilang dan ingin mengembalikanya setelah membuat pembayaran, pihak perpustakaan tidak akan mengembalikan wang pembayaran buku tersebut (Not Refundable).
3.3 Barcode buku hilang akan dikenakan bayaran sebanyak RM1.00.
3.4
I. Kad hilang - RM5.00
II. Pembaharuan - RM5.00
III. Kad rosak/tukar gambar - RM5.00
4.0 Pihak perpustakaan berhak untuk mengubah/meminda syarat-syarat tersebut pada bila-bila masa. Syarat-syarat ini hendaklah disimpan oleh ahli perpustakaan.
|